X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Akibat masalah kewangan, isteri tikam suami hingga mati

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut.
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki mati dipercayai ditikam isterinya di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.11 petang itu, mangsa berusia 56 tahun ditikam dengan senjata tajam pada bahagian dada dan pinggang sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada anak perempuan mangsa berusia 18 tahun.

"Anaknya telah menghubungi panggilan kecemasan 999 dan beritahu mangsa telah ditikam pada bahagian dada oleh suspek dipercayai isterinya.

"Polis telah ke lokasi untuk siasatan lanjut dan menemui mangsa di bahagian dapur rumah dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan pinggang sebelah kiri, " katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, polis turut menemui senjata tajam yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

Suspek (kiri) yang juga isteri mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.
Suspek (kiri) yang juga isteri mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, mangsa dan suspek mempunyai empat anak dan ketika kejadian, anak ketiga dan anak bongsu mereka berada di rumah.

"Masalah kewangan dipercayai menjadi punca kejadian, namun siasatan lanjut masih dilakukan.

"Polis telah menahan isteri mangsa berusia 55 tahun untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Seremban pada Isnin," katanya.

Nanda berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk tindakan lanjut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!