X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

'Tamat kontrak, bukan bidang kuasa menteri'

Ahmad Faizal ketika berucap pada Larian Baton Komanwel sempena Queen's Baton Relay Commonwealth Games 2022 di Manjoi.
A
A

IPOH - Isu penyambungan atau penamatan kontrak jurulatih oleh Majlis Sukan Negara (MSN) adalah di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebarang keputusan dibuat MSN adalah untuk mencari jurulatih baharu bagi sukan olahraga para.

"Keputusan untuk kontrak tamat, sama ada MSN nak sambung atau tidak, itu bukan tugas seorang menteri untuk ambil tahu.

"Saya tidak berapa faham mengenai sukan olahraga dan satu keputusan yang mereka cuba buat adalah untuk mendapatkan seorang jurulatih dalam jangka masa yang panjang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Larian Baton Komanwel sempena Queen's Baton Relay Commonwealth Games 2022 di Padang Lintau, Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini pada Sabtu.

Media melaporkan kemungkinan kontrak Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Para Kebangsaan, R Jeganathan tidak akan disambung oleh MSN.

Pemenang pingat emas acara 100 meter T36 Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mengakui bahawa keputusan itu sangat menyedihkan dan menyifatkan jurulatih itu sebagai seorang yang sangat baik.

Ahmad Faizal berkata, kebanyakan atlet para termasuk Mohamad Ridzuan bersetuju dengan keputusan itu dan hanya menyuarakan kesedihan mereka kepada pihak media.

"Mereka bersetuju dengan keputusan tersebut namun, apabila ditanya oleh rakan-rakan media tentu beliau terasa hati mahu berpisah dengan jurulatih yang begitu lama bersama mereka.

"Pada pandangan saya, sukan sama macam politik, jurulatih dan atlet akan datang dan pergi sama seperti ahli politik dan menteri, kami datang dan pergi.

"Paling penting mereka dapatkan terus berusaha untuk meraih kejayaan demi menaikkan nama negara," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!