Mahdzir gesa TVET KPLB perhebat kerjasama dengan pemain industri

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah), menyaksikan proses bertukar memorandum antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan Perodua Sales Sdn. Bhd disaksikan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Diperbaharui) antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

A
A
A

PUTRAJAYA - Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) digesa memperhebatkan lagi kerjasama dengan pemain industri bagi membolehkan pelajarnya mendapat pendidikan serta latihan yang relevan dengan keperluan semasa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kepakaran dimiliki pemain industri amat membantu dalam membimbing pelajar TVET mencapai tahap kemahiran yang diperlukan.

“Kita tidak mahu sesebuah institusi pengajian TVET KPLB hanya ada ramai pelajar tetapi bila tamat pengajian, mereka tidak dapat kerja. Jadi kemahiran dimiliki pelajar perlu sepadan dengan kemahiran dikehendaki pihak industri. Padanan itu perlu diwujudkan.

“Apabila ada kerjasama dengan pemain industri, sudah tentu tenaga pakar akan bimbing pelajar untuk tingkatkan kemahiran sejajar dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) (Diperbaharui) antara Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA-Tech) dan Perodua Sales Sdn Bhd (PSSB), di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi PERDA, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

PERDA-TECH dan PSSB telah menjalinkan kerjasama dalam bidang latihan automotif sejak tahun 2016 bagi membolehkan pelajar dan tenaga pengajar mendapat bimbingan dalam bidang automotif daripada tenaga profesional dan kerjasama itu diteruskan lagi selama lima tahun bermula 18 Februari 2021 hingga 17 Februari 2026.

Menerusi kerjasama itu, sehingga kini seramai 3,240 pelatih PERDA-TECH dan staf PSSB mendapat manfaat dalam bidang automotif.

Artikel Berkaitan:

Mahdzir - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Mahdzir - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Mahdzir menegaskan, kerjasama antara PERDA-TECH dan PSSB itu adalah satu sebagai langkah yang tepat kerana ia turut membuka peluang kepada pelajar lepasan institusi tersebut untuk berkhidmat di syarikat perusahaan automobil kedua negara.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, perjanjian antara Perodua dan PERDA-TECH sebelum ini telah banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan disebabkan itu, kolaborasi itu terus dipertingkatkan lagi.

Menurutnya, menerusi MoU yang diperbaharui itu, PSSB menawarkan latihan berkonsep DOJO (tempat latihan khusus) kepada tenaga pengajar dan pelajar automotif sejajar dengan keperluan terkini industri automotif.

“Kita juga akan membekalkan bahan latihan, modul-modul baharu dan peralatan teknologi seperti mesin-mesin dan kenderaan latihan yang akan diguna pakai oleh PERDA-TECH untuk tujuan pembelajaran,” ujarnya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah), melihat proses menandatangani memorandum antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan Perodua Sales Sdn. Bhd disaksikan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Diperbaharui) antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan Perodua Sales Sdn. Bhd. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Zainal Abidin menambah, PSSB juga akan menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif PERDA-TECH) menjalani latihan industri di pusat-pusat servis Perodua serta menawarkan peluang pekerjaan pelajar PERDA-TECH yang memenuhi kelayakan setelah tamat pengajian.

Katanya, dalam tempoh 2016 hingga 2021, seramai 350 graduan Sijil dan Diploma Automotif Perda-Tech mendapat pendedahan teknologi dari Perodua manakala 3,070 staf Perodua telah mengikuti kursus dalam pelbagai bidang di Pusat Latihan Teknikal Perodua Wilayah Utara di PERDA-TECH.