Covid-19: 18 kematian baharu dilaporkan

KKM melaporkan 18 kes kematian akibat Covid-19 pada Jumaat dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital. - Gambar hiasan
KKM melaporkan 18 kes kematian akibat Covid-19 pada Jumaat dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 18 kes kematian akibat Covid-19 pada Jumaat dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,869 orang, daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, kes kematian itu direkodkan di sembilan negeri dengan tertinggi direkodkan di Selangor iaitu sebanyak empat kes.

Ia diikuti Sabah dengan tiga kes, masing-masing dua di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala satu kes direkodkan di lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

Bagi kes BID pula, satu kes direkodkan di Negeri Sembilan dan Johor.

Tujuh negeri iaitu Melaka, Pahang, Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya mencatatkan sifar kes kematian

Sementara itu, menerusi portal itu juga, terdapat 42,843 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 35,554 individu atau 83.peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Artikel Berkaitan:

Seramai 4,278 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 2,862 kes dirawat di hospital dan 149 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 78 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 71 lagi memerlukan mesin ventilator.