PRN Johor pertengahan bulan depan?

DUN Johor dijangka dibubar minggu depan bagi memberi laluan untuk diadakan PRN Johor yang diramalkan pertengahan bulan depan.
DUN Johor dijangka dibubar minggu depan bagi memberi laluan untuk diadakan PRN Johor yang diramalkan pertengahan bulan depan.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijangka dibubarkan minggu depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

Menurut sumber, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad akan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar awal minggu depan bagi mendapat menasihatkan dan mendapat perkenanan baginda berkenaan pembubaran DUN.

"Sekiranya Sultan Johor berkenan untuk membubarkan DUN, maka PRN Johor akan diadakan pada Februari ini," katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, khabar angin bahawa Johor bakal menyaksikan PRN selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar Johor meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Perkembangan itu menyebabkan kedudukan kerajaan negeri dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi DUN berbanding 27 kerusi di pihak pembangkang.
Artikel Berkaitan:


Pejabat DUN Johor ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis menafikan menerima surat permohonan pembubaran DUN bagi membolehkan PRN diadakan dalam masa terdekat.

Perkara itu sekali lagi disahkan oleh Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat pada Jumaat dan beliau menafikan beliau sudah mendapat surat permohonan tersebut, sekali gus menyatakan PRN bakal berlangsung tidak lama lagi.