Tidak terima surat permohonan pembubaran DUN: Suhaizan

Suhaizan
Suhaizan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat menafikan pihaknya telah menerima sebarang surat berkaitan pembubaran DUN untuk masa yang terdekat.

Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang surat berkaitan perkara tersebut diterima atau dikemukakan oleh mana-mana pihak sama.

“Tiada surat permohonan pembubaran DUN diterima,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Khamis.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad selaku ketua Kerajaan Negeri telah menghantar surat permohonan pembubaran DUN kepada Speaker DUN Johor.

Menerusi laporan itu juga, PRN Johor akan diadakan dalam masa terdekat dengan DUN Johor berkemungkinan akan dibubarkan pada Ahad ini (23 Januari 2022).

Spekulasi berkenaan PRN Johor ini dilihat semakin hangat diperkatakan akan dibuat dalam tempoh terdekat apabila Kerajaan Negeri kini hanya mempunyai majoriti kelebihan satu kerusi iaitu 28 berbanding pembangkang 27.

Artikel Berkaitan: