X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Pak Belang muncul di Pos Ber

Kelibat harimau sempat dirakam di Pos Ber pada Khamis.
A
A

GUA MUSANG - Ketakutan penduduk di beberapa kampung di Pos Bihai minggu lalu kini mula di rasai di Pos Ber apabila harimau belang juga dipercayai muncul di kawasan itu sejak Khamis.

Perkara tersebut dikongsi seorang penduduk di kawasan berkenaan iaitu Nasir Nash melalui satu rakaman video di laman sosial facebook miliknya.

Melalui video yang dikongsinya, harimau berkenaan dilihat berjalan melalui jalan utama yang dipercayai menjadi kegunaan masyarakat kampung berkenaan.

Nasir turut berkongsi, mereka semua berada dalam ketakutan dan berharap orang ramai dapat mendoakan keselamatan penduduk kampung berkenaan.

"Lebih membimbangkan adalah waktu persekolahan ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari sekitar jam 6.30 pagi mengikuti jalan utama ini.

"Antara penduduk yang terlibat ialah Kampung Plug, Pos Tuel, Kampung Kerbok dan Pos Ber,"katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum mengenai penemuan tersebut.

Menurutnya, lokasi harimau berkenaan muncul adalah jauh daripada kawasan penemuan sebelum ini iaitu di Pos Bihai.

Bagaimanapun, katanya, pemantauan berterusan tetap diadakan dan radius kawalan juga diperluaskan bagi memastikan keadaan keselamatan orang kampung terjamin.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!