X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Isu orang utan: Video ucapan Zuraida disunting di luar konteks

Zuraida
A
A

PUTRAJAYA- Rakaman video ucapan Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin yang tular berhubung isu orang utan disunting di luar konteks.

Pejabat Zuraida dalam kenyataannya memaklumkan, ucapan tersebut dibuat oleh menteri itu dibuat di dalam majlis tertutup anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia.

"Dalam ucapannya, Zuraida berkongsi pengalaman semasa beliau mengadakan lawatan ke Arab Saudi baru-baru ini," katanya pada Khamis.

Menurut pejabat itu, isu orang utan dibangkitkan dalam ucapan adalah untuk mendapat perhatian agensi berkaitan mengkaji lebih lanjut habitat dan tabiat hidup spesis itu selaras dengan matlamat mampan negara untuk mempromosikan biodiversiti.

"Hasil kajian itu akan dikemukakan kepada pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa seperti Kesatuan Eropah yang mana berlaku kempen anti minyak sawit," katanya.

Ujar pejabat Zuraida, tindakan pihak tertentu yang menyunting rakaman ucapan tersebut telah menjejaskan usaha kementerian dalam mempromosikan minyak sawit.

Sehubungan itu, katanya pengguna media sosial diminta untuk menghentikan perkongsian kandungan rakaman tersebut.

"Ia hanya merendahkan semangat kakitangan kementerian dan agensi yang bertungkus-lumus mempromosikan minyak sawit," katanya.

Sebelum ini, rakaman tersebut menjadi perhatian warga maya apabila Ahli Parlimen Ampang itu mempertahankan industri minyak sawit yang tidak mengancam populasi orang utan di Malaysia.

“Perkara lain yang saya dapati semasa berada di Makkah, saya baru pulang dari umrah. Saya bercakap dengan duta kita di sana, jadi dia beritahu saya bahawa di sekolah-sekolah di negara Arab yang pelajarnya pergi, buku-buku menceritakan hal buruk tentang minyak sawit kita kerana kita membunuh orang utan.

"Saya beritahu dia, di Malaysia, kalau awak nampak orang utan, orang utan akan bunuh awak dulu, bukan awak bunuh orang utan dulu. Kan?” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!