X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Bot PATI karam: Tiga lagi mayat ditemui

Antara PATI yang terselamat dalam kejadian bot terbalik dan karam di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, pada Khamis.
A
A

KOTA TINGGI - Tiga lagi mayat wanita dipercayai penumpang bot yang terbalik dan karam di Teluk Ramunia, Pengerang, dekat sini yang membawa 27 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia, ditemukan pada pagi Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, tiga mayat tersebut ditemukan pada kedudukan 0.7 batu nautika tengara Tanjung Bulat, dekat sini jam 7.30 pagi Khamis.

"Terdahulu dua mayat wanita ditemukan dan terkini tiga lagi dijumpai. Ini menjadikan jumlah mereka yang lemas semuanya berjumlah lima PATI setakat ini manakala tiga lagi PATI masih hilang.

"Bot berkenaan membawa 27 PATI dan daripada jumlah itu, lima wanita ditemukan lemas, tiga lagi masih hilang manakala 19 lagi berjaya diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, bot membawa 27 PATI itu terbalik dan karam semasa dikejar bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang melakukan rondaan Op Benteng.

Bot membawa PATI dari Pulau Bintan, Indonesia itu sedang menuju ke perairan negara sebelum kehadiran mereka dikesan pihak maritim dan pihak TLDM bertindak mengejarnya lalu terbalik dan karam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!