[VIDEO] Makanan RMT: Menteri arah siasatan lanjut

Tangkap layar seorang wanita memuat naik sekeping gambar makanan yang didakwa diterima pelajar RMT.
Tangkap layar seorang wanita memuat naik sekeping gambar makanan yang didakwa diterima pelajar RMT.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengarahkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diberi makanan yang tidak sepatutnya.

Menerusi laman Facebooknya pada Khamis, Mohd Radzi memaklumkan, siasatan tersebut bagi mengenalpasti sekolah terlibat.

"Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid RMT.

Kementerian tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid," tegasnya.

Sebelum ini, seorang wanita memuat naik sekeping gambar nasi dan kuah yang didakwa makanan murid RMT di sebuah sekolah.

Ia sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.

Artikel Berkaitan: