X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

'Azam Baki punyai kawalan ke atas akaun sahamnya' - SC

Azam Baki - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Sekuriti (SC) membuat keputusan bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak membuat sebarang kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun sahamnya itu.

SC berkata, bukti menunjukkan Azam ialah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan itu.

“Selain itu, Azam juga mengendalikan akaun yang dibukanya kerana beliau memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun berkenaan.

"Justeru, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, SC sudahpun merumuskan bahawa berdasarkan siasatan ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah Seksyen 25 (4) SICDA berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Pengawal selia pasaran modal tempatan itu berkata, SC membuat kesimpulan dalam siasatannya itu berdasarkan bukti yang dikumpulkan.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan Azam memiliki kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!