186 lagi varian Omicron dikenal pasti, Selangor tertinggi

Sejumlah 233 kes adalah varian Beta dan 14 lagi merupakan varian Alpha. - Foto 123rf
Sejumlah 233 kes adalah varian Beta dan 14 lagi merupakan varian Alpha. - Foto 123rf
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 186 kes varian Omicron dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh 14 hingga 18 Januari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes Omicron tertinggi iaitu 41, diikuti Sarawak (26), Johor (20), Kuala Lumpur (17), Perak (16) dan Negeri Sembilan (12).

Kelantan dan Pahang masing-masing mencatatkan sembilan kes Omicron, Kedah (lapan), Terengganu (tujuh), Melaka (lima), Sabah (lima), Labuan (empat), Perlis (satu) dan Putrajaya (satu).

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,432 kes," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 5,726 kes varian Delta dikesan di seluruh negara manakala 439 kes adalah varian Omicron.

"Sejumlah 233 kes adalah varian Beta dan 14 lagi merupakan varian Alpha," katanya.

Artikel Berkaitan: