X

Kindly register in order to view this article
!

Kes kebakaran di Melaka meningkat

Mohammad Zin (tengah) bersama sebahagian pelajar selepas selesai majlis penutup, semalam.
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mencatatkan peningkatan kes kebakaran melebihi 100 peratus pada bulan lalu berbanding bulan sebelum itu.

Pengarahnya, Mohammad Zin Salleh berkata, ini berdasarkan peningkatan daripada 210 kes kepada 441 kes bagi tempoh 1 hingga 28 Februari dengan pertambahan 232 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu kebakaran belukar dan lalang mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah sebanyak 302 kes dilaporkan dalam tempoh tersebut berbanding 103 kes pada Januari.

"Kes kebakaran seperti kebakaran sampah dan lain-lain jenis kebakaran menunjukkan peningkatan, namun kebakaran kenderaan serta bangunan dan isinya menunjukkan sedikit penurunan iaitu kebakaran kenderaan daripada 13 kes kepada 10 kes manakala kebakaran bangunan daripada 25 kepada 16 kes," katanya.

Mohammad Zin berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Pertandingan Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat peringkat negeri di Balai Bomba Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan negeri, Jamsari Marimam.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Zin berkata, pihaknya akan terus memperkasakan program membudayakan kesedaran keselamatan kebakaran masyarakat terutama dalam kalangan pelajar dan guru sekolah.

Katanya, dalam tempoh awal tahun ini juga seramai 50 guru sekolah turut dilatih selama tiga hari dan diberikan pentauliahan termasuk satu paku yang mana latihan ini diteruskan secara berperingkat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus