Brentford bakal pamer aksi menyerang berdepan United

Frank (tengah) bersama sebahagian pemain Brentford. - Foto Getty Images
Frank (tengah) bersama sebahagian pemain Brentford. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Brentford, Thomas Frank mahu skuad kendaliannya beraksi secara menyerang ketika dalam usaha mencatatkan kemenangan ketika berdepan Manchester United Stadium Komuniti Brentford pada Khamis.

Malah menurut Frank, kesebelasan The Bees perlu mengasak sejak wisel permulaan selain tidak memberikan peluang kepada jentera serangan The Red Devils itu untuk bergerak bebas.

“Kita tak boleh tewas lagi setelah tewas dalam beberapa termasuk bagi saingan Piala FA dan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada bulan ini.

“Jika tewas, kedudukan kita bakal terancam, lagipun kita hanya dibezakan dengan dua mata berbanding pasukan di tangga ke -10 ketika ini, Leicester City.

“Oleh itu, kesemua pemain perlu memberikan aksi terbaik dan seterusnya memastikan kemenangan ke atas United dan mencerahkan peluang kita untuk berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik EPL nanti,” katanya.

Untuk rekod, Brentford kini berada pada kedudukan ke-14 dengan 23 mata berbanding United yang berada pada kedudukan ketujuh dengan 32 mata.

Mengulas berhubung kesebelasan pemain yang bakal beraksi, Frank menegaskan skuad The Bees itu bakal beraksi tanpa pemain tengah Frank Onyeka yang kini membantu Nigeria dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika, di Cameroon.

Katanya, situasi berkenaan turut menyaksikan sedikit rombakan dibuat bagi memastikan keseimbangan pasukan apabila berdepan United.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan buat sedikit rombakan bagi memastikan keseimbangan di setiap posisi bagi berdepan United.

“Bagaimanapun, walau siapa juga yang beraksi nanti, diharapkan mereka dapat beraksi dengan baik berdasarkan percaturan taktikal pasukan,” katanya.