X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

20 tahun gunting pembedahan tertinggal dalam perut

Bachena terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang gunting dalam perut.
A
A

DHAKA - Pakar bedah di Hospital Chuadanga Sadar di sini pada Isnin berjaya mengeluarkan sebilah gunting yang tertinggal hampir 20 tahun dalam perut seorang wanita selepas menjalani pembedahan membuang batu karang ketika itu.

Bachena Khatun, 55, berasal dari Alamdanga, Bangladesh sebelum itu pernah mengadu mengalami kesakitan perut yang teruk sejak pembedahan pertama di sebuah klinik tempatan pada tahun 2002.

Menurut keluarga Bachena, pembedahan membuang batu karang itu dilakukan oleh Doktor Waliur Naman Nayan di Klinik Raza di Gangni dalam daerah Meherpur.

Selepas seminggu pembedahan terbabit, Bachena mengalami kesakitan teruk di bahagian perut sebelum kembali ke klinik sama dan doktor memintanya supaya tidak perlu risau mengenai kesakitan itu.

Memandangkan kesakitan yang dialaminya berterusan, dia kemudian pergi menjalani pemeriksaan di klinik lain dan hasil imbasan sinar X mendapati terdapat sebilah gunting pembedahan dalam perutnya.

Atas nasihat doktor, wanita itu terpaksa melakukan pembedahan keduanya untuk membuang gunting tersebut yang tertinggal di dalam perutnya sejak dua dekad lalu. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!