Dua buah rumah pangsa musnah terbakar

Dua buah rumah di Rumah Pangsa DBKL, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju terlibat dalam satu kebakaran pada petang Ahad.
Dua buah rumah di Rumah Pangsa DBKL, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju terlibat dalam satu kebakaran pada petang Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua buah rumah di Rumah Pangsa DBKL, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju di sini musnah selepas terlibat dalam satu kebakaran pada petang Ahad.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Daniel Ahmad Kamal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 4.06 petang.

"Seramai 44 anggota bomba dari empat balai bomba antaranya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Balai Bantuan BBP Keramat, BBP Setapak dan BBP Hang Tuah kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di tempat kejadian pada jam 4.15 petang.

"Ketika tiba, keadaan api sangat marak melibatkan dua buah rumah di tingkat empat dan kebakaran dapat dikawal pada jam 4.33 petang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, keluasan kebakaran adalah kira-kira 12.1 meter lebar dan 12.1 meter panjang.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di dua buah rumah di Rumah Pangsa DBKL
Anggota bomba memadamkan kebakaran di dua buah rumah di Rumah Pangsa DBKL

"Kebakaran memusnahkan 100 peratus rumah pertama dan 60 peratus bagi rumah kedua.

"Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: