Tawar khidmat seks di rumah sewa, 2 wanita Sri Lanka dicekup

Antara rampasan barang susulan tangkapan dua wanita warga Sri Lanka di sebuah rumah di Bandar Sunway, Subang Jaya pada Rabu.
Antara rampasan barang susulan tangkapan dua wanita warga Sri Lanka di sebuah rumah di Bandar Sunway, Subang Jaya pada Rabu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Berselindung di sebalik rumah sewa di Bandar Sunway, di sini dengan dipercayai menawarkan khidmat seks kepada warga asing terbongkar selepas diserbu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Op Noda pada jam 11 malam itu bertindak menahan dua wanita warga Sri Lanka berusia 30 dan 38 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan di rumah itu menemui beberapa barang yang disyaki diguna untuk tujuan pelacuran seperti kondom, tisu selain rampasan wang tunai.

"Siasatan awal mendapati wanita terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pelanggan dan bayaran yang dikenakan adalah RM60.

"Mereka ini menyasarkan pelanggan di kalangan warga Bangladesh dan India," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah aktif sejak tiga bulan lalu di rumah yang disewa mereka.

Katanya, kedua-dua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Sunway dan telah direman 14 hari sehingga 23 Mei untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.

Tambah Wan Azlan, pihaknya menasihati orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada balai polis yang berdekatan dengan kadar segera untuk tindakan lanjut.