X

Kindly register in order to view this article
!

PAUL YONG CHOO KIONG
A
A

IPOH - Aplikasi bayaran tempat letak kereta atau [email protected] berjaya mengutip RM140,000 dalam tempoh dua bulan sejak dilancarkan, 1 Januari lalu.

Jumlah itu diperolehi hasil 130,000 transaksi penggunaan kredit oleh hampir 41,000 pengguna aktif dari dalam dan luar negeri Perak.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong berkata, daripada analisa dibuat, didapati sistem [email protected] digunakan pelbagai lapisan umur termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

"Ini menunjukkan aplikasi ini disambut baik oleh semua pihak dan tidak hanya diterima oleh generasi muda. Peningkatan penggunaan dari bulan ke bulan juga membuktikan pengguna semakin selesa dengan pembaharuan yang kita bawa ini," katanya.

Menurutnya, bermula April ini, [email protected] boleh diakses menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris.

"Pengguna juga nanti boleh mencetak sendiri resit penggunaan, penambahbaikan ini dibuat hasil maklum balas dan cadangan yang diterima daripada pengguna, mereka hanya perlu mengemaskini aplikasi dalam App Store atau Play Store," katanya.

Beliau berkata, menjelang April ini juga, kerajaan negeri akan melakukan penyeragaman kadar dan reka bentuk kupon fizikal di semua 15 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, pada masa ini, pelaksanaan penyeragaman itu dibuat secara berperingkat bagi memberi ruang kepada semua PBT membuat persiapan dari segi penyediaan kupon seragam dan perundangan.

"Kadar seragam yang dipersetujui adalah RM4 sehari, RM0.60 (satu jam) dan RM0.30 (30 minit).

"Kita berharap dengan adanya [email protected] dan penyeragaman kupon letak kereta bagi seluruh PBT di Perak dapat memudahkan urusan seharian rakyat sekaligus membuktikan kehendak dan keperluan rakyat menjadi titik utama dalam agenda pembangunan negeri ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!