Banyak berita positif untuk doktor kontrak bakal diumum: Noor Hisham

Tangkap layar ciapan Noor Hisham pada Sabtu. Kenyataan Gerakan Hartal.
Tangkap layar ciapan Noor Hisham pada Sabtu. Kenyataan Gerakan Hartal.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih banyak berita positif berhubung isu doktor kontrak akan diumumkan tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Noor Hisham, pihaknya akan melakukan yang terbaik seperti perbincangan sebelum ini mengenai isu berkenaan.

"Lebih banyak berita positif akan datang. Kekal berhubung dan kami akan melakukan yang terbaik seperti yang dibincangkan sebelum ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau, pada Sabtu.

Noor Hisham membalas ciapan seorang pemilik akaun Twitter berhubung kenyataan daripada Gerakan Hartal Doktor Kontrak, pada Sabtu.

Pada Sabtu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Menteri Kesihatan,Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta pasukannya kerana menunaikan janji mereka.

Menurut kenyataan itu, perjanjian tersebut memastikan doktor kontrak layak memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

“Khairy Jamaluddin sememangnya telah membuktikan kecekalan dan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan isu yang membelenggu doktor kontrak sejak lima tahun lalu.

“Kami berharap terma dan syarat untuk memohon HLP akan diputuskan tidak lama lagi. Kami juga percaya Khairy Jamaluddin akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah lain yang dihadapi oleh doktor kontrak, seperti yang disampaikan semasa pertemuan beliau dengan Gerakan Hartal Doktor Kontrak pada 21 September tahun lepas,” menurut kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: