Ancaman harimau: 29 anggota Senoi Praaq bantu kawal kawasan

Shafien (empat, kiri) melancarkan jersi kelab berbasikal Balai Polis Wakaf Bharu di sini pada Sabtu.
Shafien (empat, kiri) melancarkan jersi kelab berbasikal Balai Polis Wakaf Bharu di sini pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Seramai 29 anggota dari pasukan Senoi Praaq Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor akan memulakan tugasan membantu mengawal kawasan Pos Bihai terutamanya lokasi ancaman harimau di Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pasukan berkenaan merupakan pasukan Senoi Praaq sememangnya sudah arif dengan pergerakan di dalam hutan bagi memudahkan lagi kawalan dilakukan sebaik mungkin.

"Pihak kami telah menerima permohonan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk membuat kawalan dan mengesan harimau berkenaan. Insya-ALLAH dua pasukan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor akan datang.

"Pasukan pertama seramai 19 orang akan lapor diri pada 19 Januari ini manakala pasukan kedua seramai 10 orang akan datang selepas kawalan bermula," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program New Year Ride di Balai Polis Wakaf Bharu, di sini pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai kawalan pergerakan di kawasan ancaman harimau di Gua Musang sejak seminggu lalu.

Menurutnya, pasukan berkenaan dilihat lebih sesuai untuk menjaga kawasan berkenaan terutamanya dalam keadaan mencabar ketika ini.

Beliau juga memberitahu, penugasan yang diberikan akan ditetapkan setibanya pasukan berkenaan di Gua Musang nanti.

"Selagi usaha yang kita lakukan sekarang ini belum selesai, maka masyarakat tidak dibenarkan masuk hutan dan keluar rumah tanpa sebab dan kami difahamkan bekalan makanan juga dihantar kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang penting, keadaan masyarakat itu selamat dan terhindar dari kejadian yang tidak diingini. Pihak kami juga akan membantu kawalan di kawasan luar bagi membantu anggota PGA,"katanya.