WHO syor dua rawatan baharu untuk Covid-19

Rawatan antibodi sintetik Sotrovimab diluluskan WHO untuk merawat Covid-19. - Foto GSK/VIR BIOTECHNOLOGY
Rawatan antibodi sintetik Sotrovimab diluluskan WHO untuk merawat Covid-19. - Foto GSK/VIR BIOTECHNOLOGY
A
A
A

PARIS - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan dua rawatan baharu untuk Covid-19 pada Jumaat untuk mencegah penyakit teruk serta kematian akibat pandemik itu.

Berita tersebut muncul ketika kes Omicron memenuhi hospital di seluruh dunia dengan WHO menjangkakan separuh Eropah dijangkiti wabak itu pada Mac depan.

Cadangan dua rawatan itu disiarkan oleh British Medical Journal (BMJ).

Rawatan baharu itu ialah penggunaan ubat artritis baricetinib yang digunakan dengan kortikosteroid untuk merawat pesakit Covid-19 yang kritikal.

Ia menyebabkan kadar kelangsungan hidup lebih baik dan mengurangkan keperluan penggunaan ventilator.

WHO juga mengesyorkan rawatan antibodi sintetik Sotrovimab untuk jangkitan Covid-19 tidak serius dan tidak berisiko tinggi di hospital seperti untuk golongan tua, indivudu-individu yang mempunyai kekurangan imun atau penyakit kronik seperti diabetes.

Hanya tiga rawatan lain untuk Covid-19 mendapat persetujuan WHO bermula dengan kortikosteroid untuk pesakit teruk pada bulan September 2020 diikuti ubat artritis tocilizumab dan sarilumab.

Kortikosteroid murah dan melawan keradangan yang pada kebiasaannya disertai kes teruk.

Artikel Berkaitan:

Ubat artritis tocilizumab dan sarilumab yang disokong oleh WHO pada bulan Julai lalu ialah IL-6 menekankan tindak balas berlebihan sistem imun dalam badan. - Agensi