X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Lelaki pecah tiga mesin ATM ditahan

Polis menahan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian pecah mesin ATM di sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di Klang.
A
A

KLANG - Seorang lelaki ditahan pada Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Bandar Botanik, Bukit Tinggi di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai bank berkenaan yang melaporkan penggera di bank tersebut berbunyi sekitar jam 6.46 pagi pada Jumaat.

"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat tiga buah ATM mengalami kerosakan dan cermin di dalam kawasan ATM juga retak dipercayai akibat kesan letupan berlaku di kawasan tersebut.

"Bertindak di atas maklumat, pada 8 Januari sekitar jam 5.30 petang sepasukan polis dari Cawangan D9 IPD Klang Selatan menangkap seorang lelaki tempatan dan merampas dua buah telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan cubaan pecah ATM di bank tersebut gagal berikutan pintu besi di dalam mesin berkenaan gagal dipecahkan suspek.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod membabitkan kesalahan jenayah.

"Mahkamah Majistret Klang membenarkan tempoh reman selama lima hari bermula 9 Januari sehingga 13 Januari," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!