X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

JKNT jejak penerima sijil vaksin palsu

Anggota polis menunjukkan sijil suntikan vaksinasi Covid-19 palsu yang dikeluarkan oleh sebuah klinik swasta pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada Isnin. - Foto Bernama
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi dipercayai palsu menerusi seorang doktor di sebuah klinik swasta di Marang.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin sebagaimana yang sepatutnya.

Justeru, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan kegiatan berkenaan.

Terdahulu tembelang seorang doktor yang disyaki menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu kepada golongan antivaksin terbongkar.

Ia susulan penahanan suspek yang berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.

Jelas Dr Kasemani, klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu.

Beliau berkata, pihak masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut diambil terhadap doktor dan klinik berkenaan.

Katanya, lagi pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!