'Saya hanya tahu suami cedera'

Paparan skrin kenyataan Zurina di laman sosial Facebooknya.
Paparan skrin kenyataan Zurina di laman sosial Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - “Suami saya Hisham Omar dilaporkan cedera dalam tembakan rambang di bumi Christchurch. Itu saja maklumat yang saya ada.”

Demikian luah isteri Nazril Hisham Omar, Zurina Mohi di Facebooknya, hari ini selepas mendapat berita suaminya antara mangsa tembakan pengganas di Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand, hari ini.

Bagaimana Zurina masih tidak mengetahui bagaimana keadaan suaminya ketika ini.

“Alhamdulillah, anak-anak saya Haqiem, Hazieq dan Hazriq selamat. Mohon sahabat-sahabat doakan agar suami saya dan sahabat-sahabat yang cedera pulih,” katanya menerusi status di Facebooknya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 40 maut kes tembak serangan jemaah masjid New Zealand

Zurina yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, beliau akan terbang ke New Zealand untuk bertemu keluarganya, esok.

Nazril Hisham Omar
Nazril Hisham Omar

Difahamkan, Zurina baru pulang ke tanah air selepas bertemu suaminya di sana.

Artikel Berkaitan:

Nazril Hisham antara tiga rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera ditembak pengganas ketika solat Jumaat.

Selain Nazril Hisham, dua lagi mangsa adalah Mohd Tarmizi Shuib dan Rahimi Ahmad.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan sekurang-kurangnya, 40 orang terkorban dalam kejadian itu.

Beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas.