40 maut kes tembak serangan jemaah masjid New Zealand

Serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch. -Foto Reuters
Serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch. -Foto Reuters
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. 40 maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

“Dapat saya jelaskan di sini bahawa insiden ini boleh dikelaskan sebagai serangan pengganas,” katanya.

“Apa yang kami tahu, ia kelihatan seperti sudah dirancang lebih awal.”

“Dua peranti letupan yang dipasang pada kenderaan penembak juga sudah ditemui serta sudah dimatikan,” tambahnya. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Tembakan di masjid Christchurch: Seorang rakyat Malaysia cedera

Artikel Berkaitan: