Sila log masuk terlebih dahulu.

Daging wagyu Jetro tarik rakyat Malaysia ke restoran Jepun

Haruka Akutagawa
Haruka Akutagawa
A
A
A

PERTUBUHAN Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Malaysia bekerjasama dengan FunNow, sebuah aplikasi tempahan yang popular di bandar-bandar Asia, untuk memberikan kesegaran kepada cita rasa Malaysia terhadap daging wagyu Jepun berikutan makan di restoran kini dibenarkan selepas sekatan pergerakan yang berpanjangan.

Pegawai Projek Jetro, Haruka Akutagawa berkata, projek itu, yang berlangsung dari 1 Disember 2021 hingga 15 Januari 2022, melibatkan sembilan restoran Jepun di Lembah Klang yang menyajikan daging wagyu Jepun gred tinggi pada harga diskaun di bawah platform FunNow.

Beliau berkata, dalam tempoh sekatan pergerakan, beberapa restoran telah terjejas oleh kelembapan dalam industri makanan dan minuman serta terpaksa ditutup.

Sejajar dengan perubahan gaya hidup moden, katanya pertumbuhan industri perkhidmatan makanan dan prestasi ekonomi yang kukuh, perbelanjaan pengguna di restoran semakin meningkat.

“Dengan makan di restoran kini dibenarkan, kami menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan daging wagyu Jepun dengan menyediakan sistem beratur yang disyorkan kerajaan untuk orang ramai membuat tempahan di restoran yang mengambil bahagian.

“Jumlah tempahan semakin meningkat melalui projek ini, dan seperti yang anda tahu, adalah lebih baik makan di restoran untuk menikmati keunikan rasa daging wagyu dalam suasana yang nyaman.

“Platform ini memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada orang ramai untuk membuat tempahan mereka terutamanya pada waktu puncak pada waktu makan tengah hari,” kata Akutagawa kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.

Dalam persekitaran pertumbuhan permintaan terhadap perkhidmatan makanan, beliau menjelaskan, Jetro berharap dapat menyediakan platform baharu untuk memudahkan dan menguruskan jumlah tempahan, terutamanya dengan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan untuk mengawal lonjakan jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, dengan impak yang berterusan daripada pandemik Covid-19 terhadap sekatan perjalanan dan pergerakan orang ramai serta penguatkuasaan SOP yang meningkat, Jetro turut bekerjasama dengan pelbagai platform dalam talian untuk mempromosikan produk dan jenama Jepun, terutamanya di pasaran Malaysia.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

“Dalam perkara ini, kami turut menyediakan ruang kepada rakyat Malaysia untuk mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengakses produk dan jenama Jepun melalui saluran dalam talian seperti Japan Street, katalog dalam talian yang dilancarkan pada Januari 2021 di peringkat global,” katanya.

Akutagawa memberitahu, berdasarkan impak daripada pandemik Covid-19, acara padanan dan mesyuarat perniagaan telah dikurangkan, dan Japan Street menyediakan platform untuk syarikat dan pengimport Malaysia untuk berhubung dengan lebih 2,500 pengeluar Jepun.

“Setakat ini, terdapat lebih 20,000 produk Jepun di Japan Street dan produk seperti kosmetik dan peralatan dapur mempunyai permintaan yang tinggi,” katanya. - Bernama