Kondominium jadi stor proses dadah diserbu

Pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Serdang Seri Kembangan pada Ahad.
Pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Serdang Seri Kembangan pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga emas kerana disyaki terlibat memproses dadah di sebuah kondominium di Bukit Serdang Seri Kembangan Selangor pada Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, melalui Ops Catrina itu juga, suspek berusia 23 dan 64 tahun didapati menjadikan kondominium berkenaan sebagai stor dadah.

Menurut beliau, polis menahan suspek pada jam 9 malam selain merampas sebanyak 309 botol cecair methylenedioxy-methamphetamine (MDMA), serbuk MDMA, 120 biji pil ecstasy, 40 biji pil erimin 5, 38.30 gram (g) dan 83.4g ketamin dengan nilai keseluruhan ialah RM333,282.

"Siasatan mendapati sindiket itu beroperasi sejak bulan lalu di kondominium berkenaan kerana kawalan keselamatan yang ketat bertujuan mengaburi kegiatan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, dadah itu dipercayai akan dijual kepada pelanggan pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin hingga Ahad. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: