Messi kembali perkuat PSG

Lionel Messi - Foto AFP
Lionel Messi - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi akan kembali memperkuatkan PSG selepas ujian saringan dilakukan kepada penyerang kelahiran Argentina itu didapati negatif Covid-19.

Perkara tersebut disahkan PSG sambil memberi bayangan Messi berkemungkinan disenaraikan dalam pasukan yang akan berkunjung ke Lyon, hujung minggu ini.

"Lionel Messi kini disahkan bebas Covid-19 selepas ujian dilakukan negatif.

"Dia (Messi) akan kembali ke Perancis dan akan menyambung semula latihan bersama pasukan beberapa hari lagi," kata PSG.

Sebelum ini, pemenang tujuh kali anugerah Ballon d'Or disahkan positif Covid-19 ketika berada di negara kelahirannya Argentina, sekali gus menyaksikan dia terlepas perlawanan Piala Perancis ketika PSG mencatatkan kemenangan 4-0 mengatasi Vannes, pada Isnin.

Berita itu nyata melegakan pengendali PSG, Mauricio Pochettino apabila sebelum ini kehilangan beberapa tonggak utama akibat penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: