Sultan Ibrahim beri kata-kata semangat kepada mangsa
15 Mac 2019 10:00amMasa membaca: 4 minit
Sultan Ibrahim semasa melawat sebahagian mangsa sisa bahan kimia berbahaya di HSI.
A
A
A
Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar prihatin dengan nasib mangsa pencemaran sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
Baginda sempat melawat dan memberikan kata-kata semangat kepada mangsa pencemaran sisa kimia itu, di samping memberikan kata-kata semangat kepada mereka terlibat.
Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz.
Sehingga semalam dilaporkan, seramai 126 mangsa sedang mendapatkan rawatan di HSI termasuk 10 mangsa yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.