Pesara kerajaan, pengurus syarikat direman kes rasuah

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan seorang pesara dan pengurus syarikat direman selama lima hari mulai Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah RM500,000.
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan seorang pesara dan pengurus syarikat direman selama lima hari mulai Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah RM500,000.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pesara sebuah syarikat milik kerajaan dan seorang pengurus syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM500,000.

Perintah tahanan reman terhadap suspek bermula Khamis sehingga 10 Januari ini dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin selepas menerima permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 61 tahun itu ditahan pejabat SPRM Johor Bahru selepas hadir memberikan keterangan mulai jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada Rabu.

Difahamkan pada tahun 2019 hingga 2020, suspek pesara yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus syarikat milik kerajaan di Segamat telah menerima rasuah daripada pengurus syarikat terbabit sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja kontrak perladangan di daerah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: