PPM rampas pod vape bernilai RM475,000

Pegawai PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pod vape bernilai RM475,000 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di sebuah stor kosong Kampung Tebing, Tumpat pada Isnin.
Pegawai PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pod vape bernilai RM475,000 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di sebuah stor kosong Kampung Tebing, Tumpat pada Isnin.
A
A
A

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas pod vape bernilai RM475,00 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam serbuan di sebuah stor kosong Kampung Tebing di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Rudzuan Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan menerusi Op Benteng Covid-19 (Op Landai/Op Kontraban) membuat serbuan di lokasi tersebut pada jam 8 malam.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi, sepasukan anggota yang diketuai seorang pegawai mendapati pintu premis berkenaan tidak berkunci.

"Hasil pemeriksaan, anggota menemui sembilan kotak mengandungi pelbagai jenis vape.

"Anggota PPM telah menunggu hampir 30 minit, namun tiada sesiapa yang tampil mengaku sebagai pemilik kepada barangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk laporan polis dan tindakan lanjut.

"Kesemua barangan tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

"Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel Berkaitan: