Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas Naib Ketua UMNO Shah Alam meninggal dunia

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ibrahim Kasim meninggal dunia Ahad malam kerana sakit tua.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ibrahim Kasim meninggal dunia Ahad malam kerana sakit tua.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ibrahim Kasim meninggal dunia Ahad malam kerana sakit tua.

Mengesahkan perkara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata Ibrahim, 80-an, menghembuskan nafas terakhir pada 12.20 tengah malam di Hospital Shah Alam.

“Jenazah kemudiannya dimandi dan dikafan sebelum disembahyangkan di Surau Nurul Ihsan dekat sini.

“Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan di Seksyen 21 di sini pada kira-kira jam 11 pagi,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Azhari berkata, Ibrahim merupakan antara tokoh yang banyak berjasa kepada parti dan antara orang terawal yang menubuhkan UMNO di Shah Alam. - Bernama

Artikel Berkaitan: