Kindly register in order to view this article
!
Setiausaha Pasukan Bantuan Kecemasan bersama Pasir Gudang (Pagema), Sharif Idrus berkata, perpindahan itu syor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas faktor keselamatan.
"Ya, dewan akan tutup dan dipindah ke stadium. Di stadium akan mula operasi jam 8 malam ini.
"Pindah operasi sebab arahan bomba kerana kerja pembersihan Sungai Kim Kim sedang berjalan lagipun berlaku pertambahan katil dan petugas," katanya kepada pemberita di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, hari ini.
Dewan ini telah dibuka sebagai pusat saringan sejak Ahad lalu selepas tiga hari pencemaran kimia di Sungai Kim Kim menjejaskan beberapa buah sekolah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kedudukan dewan agak hampir dengan Sungai Kim Kim yang kini sedang berjalan kerja-kerja pembersihan.