Banjir di Terengganu tidak berubah

Banjir di Terengganu tidak berubah dengan dua PPS masih dibuka di Dungun bagi menempatkan 137 mangsa.
Banjir di Terengganu tidak berubah dengan dua PPS masih dibuka di Dungun bagi menempatkan 137 mangsa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir gelombang ketiga di Terengganu tidak berubah dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah Dungun untuk menempatkan mangsa.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sehingga jam 4 petang, seramai 137 mangsa melibatkan 42 keluarga yang terjejas banjir masih berada di dua PPS berkenaan.

“Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan seramai 69 mangsa daripada 22 keluarga manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor pula mempunyai 20 keluarga melibatkan 68 mangsa.

“Keadaan cuaca sekarang adalah mendung, berangin dan hujan renyai di satu atau dua tempat,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu pula memaklumkan tiga stesen sungai utama di Terengganu iaitu di Kemaman, Dungun dan Besut merekodkan bacaan melepas paras amaran.

Tiga sungai itu adalah stesen Paya Paman, Kemaman mencatatkan bacaan 3.70 meter, stesen Pasir Raja, Dungun (36.67 meter) dan stesen Kampung Keruk, Besut pula setinggi 34.13 meter.

Selain itu, tiga stesen sungai lain iaitu stesen Kampung Bukit, stesen Kampung Langkap, Setiu dan stesen Kampung La, Besut mencatatkan bacaan air melepasi paras waspada manakala stesen sungai lain adalah normal.

Artikel Berkaitan: