Sila log masuk terlebih dahulu.

Musuh tidak senang dengan kedudukan UMNO - Ahmad Zahid

A
A
A

BERITA SEMASA 11 MEI 2023

Musuh tidak senang dengan kedudukan UMNO sekarang dan terus cuba membina propaganda negatif bagi menanamkan benci serta prejudis kepada parti tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, musuh tersebut terus ghairah menanamkan perasaan melampau itu dalam pemikiran rakyat terutamanya anak muda yang baru bersemangat dalam menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing.

Jelasnya, permainan persepsi itu diasak sepanjang masa sehingga membentuk satu realiti yang berbahaya dalam pemikiran dan kehidupan rakyat.

Menurut beliau, politik nilai, politik khidmat, ikhtiar untuk membina negara yang terbaik dan iltizam bagi meletakkan negara pada landasan ekonomi kukuh digantikan dengan kebencian serta dendam kesumat.

Ahmad Zahid yakin musuh tersebut sedar akan kesan buruk propaganda itu namun memilih memejamkan mata dan membiarkan anak muda terus terbuai sehingga membelakangkan semangat perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara.

Justeru itu, katanya, bersempena ulang tahun UMNO yang ke-77, parti akan menunjukkan jalan teladan dalam menjayakan politik baru yang lebih matang dan bermakna.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO tidak akan sesekali lelah dalam menawarkan penyelesaian tuntas kepada permasalahan rakyat Malaysia.

Tambahnya, UMNO akan menawarkan wawasan ke arah kesederhanaan, kesaksamaan, keadilan, kebebasan, pertumbuhan ekonomi melalui satu set dasar yang wajar dan boleh dicapai dari pelbagai latar belakang etnik serta agama.

Artikel: https://bit.ly/41ts8yn

Muzik: Elevate dari www.bensound.com