'Mengapa tiada tindakan hentikan pembalakan Sungai Telemong'

Tangkap layar Twitter Dr Thanussha yang mempersoalkan mengenai tindakan kerajaan yang didakwa pembalakan haram pada Ahad.
Tangkap layar Twitter Dr Thanussha yang mempersoalkan mengenai tindakan kerajaan yang didakwa pembalakan haram pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil bagi menghentikan kegiatan pembalakan yang melampau di sekitar kawasan Sungai Telemong, Bentong, Pahang.

Naib Presiden Muda, Dr Thanussha Francis Xavier menerusi ciapan dan sebuah video di Twitternya turut membangkitkan punca mengakibatkan banjir teruk melanda kawasan tersebut.

“Apa agaknya yang telah mengakibatkan banjir yang begitu teruk melanda kawasan ini? Apa yang telah dibuat sampai sekarang tiada tindakan yang diambil?” soalnya pada Ahad.

Kerajaan Pahang pada Selasa dilapor sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung timbunan kayu balak di Sungai Telemong pada minggu lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan itu akan disiapkan JPNP dalam masa secukupnya sebelum diserahkan kepada kerajaan.

Dr Thanussha turut mendakwa perkampungan orang asli di kawasan itu musnah akibat banjir dan sekolah tamil yang berdekatan turut ditenggelami air.

“Perkampungan orang asli ini lagi teruk (dilanda banjir dan) sampai sekarang mereka tinggal di bawah khemah.

“Mana pampasan untuk mangsa? Mengapa tiada tindakan untuk menghentikan pembalakan yang melampau,” ciapnya beliau.

Artikel Berkaitan:

Beliau dalam masa sama turut membuat pertanyaan adakah syarikat balak perlu disaman kerana kegiatan pembalakan di kawasan tersebut.