986 mangsa banjir Pahang masih di PPS

Seramai 986 mangsa daripada 284 keluarga masih berada di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini setakat jam 10 pagi Ahad.Gambar hiasan
Seramai 986 mangsa daripada 284 keluarga masih berada di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini setakat jam 10 pagi Ahad.Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seramai 986 mangsa daripada 284 keluarga masih berada di 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini setakat jam 10 pagi Ahad.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, enam daerah terlibat adalah lipis, Jerantut, Maran, Raub Bera dan Rompin.

Menurutnya, daerah Lipis merekodkan paling ramai iaitu 485 mangsa daripada 141 keluarga dan mereka ditempatkan di 12 PPS di daerah itu.

"Raub pula merekodkan jumlah kedua tertinggi iaitu seramai 280 mangsa daripada 85 keluarga membabitkan13 PPS, diikuti Maran (117 mangsa daripada 31 keluarga) yang ditempatkan di enam PPS.

"Seterusnya, daerah Jerantut seramai 58 mangsa daripada 15 keluarga kini berada di tiga PPS dan seramai 35 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Rompin serta Bera (11 mangsa daripada tiga keluarga) di satu PPS daerah berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Che Adam berkata, sebanyak tujuh laluan telah ditutup membabitkan lima daerah di negeri ini iaitu Kuantan, Maran, Jerantut, Pekan dan Temerloh.

"Di daerah Kuantan melibatkan satu jalan di Sungai lembing, Maran pula Jalan Kuala Lumpur- Kuantan dan Jerantut membabitkan jalan Kuala Lipis-Jerantut.

"Di Temerloh, dua jalan telah ditutup iaitu jalan Temerloh- Jerantut dan Jalan Paya Luas-Perlok serta Pekan pula melibatkan Jalan Kuantan- Segamat," katanya.

Artikel Berkaitan: