Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Johor pada Ahad.

MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook berkata, status tersebut dikeluarkan pada jam 10.35 pagi susulan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bharu.

Menurut kenyataan itu, amaran hujan berterusan tahap buruk juga dikeluarkan bagi negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan; Melaka; Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi); Sandakan, Sabah (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, Sabah sehingga Isnin ini,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Tambah kenyataan itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan; Terengganu; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh); Pantai Barat, Sabah (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan, Sabah (Kinabatangan) sehingga Selasa ini.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Selangor; Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga Isnin ini,” tambah kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: