Banjir di Kelantan makin pulih

Keadaan terkini paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu pada pagi Ahad yang menunjukkan tren menurun sedikit berbanding pada Sabtu.
Foto: FB Bro Harixz Kaybee
Keadaan terkini paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu pada pagi Ahad yang menunjukkan tren menurun sedikit berbanding pada Sabtu. Foto: FB Bro Harixz Kaybee
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan banjir yang melanda negeri ini semakin pulih apabila hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih lagi aktif bagi menempatkan 308 daripada 109 mangsa yang di dua jajahan iaitu Jeli dan Kuala Krai.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, Jeli masih lagi menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini melibatkan 179 mangsa walaupun hanya satu PPS sahaja yang masih beroperasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah.

Jajahan Kuala Krai pula merekodkan 134 mangsa yang masih tinggal di empat PPS iaitu di Kolej Vokasional Kuala Krai; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Yuk Chai, Sekolah Kebangsaan (SK) Biak A dan SK Banggol Guchil.

Sementara itu, menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai di negeri ini sudah melepasi paras amaran antaranya Sungai Kuala Krai (24.51 meter); Sungai Kusial, Tanah Merah (14.93 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (8.85 meter).

Empat sungai lagi berada di paras waspada iaitu Sungai Galas, Limau Kasturi Gua Musang (54.96 meter); Sungai Galas, Dabong Kuala Krai (36.7 meter), Sungai Lebir Kampung Karangan, Kuala Krai (31.26 meter) dan Jeti Kastam di Kota Bharu (3.63 meter).

Situasi terkini cuaca di Kelantan ketika ini mendung dan kadang kala disusuli dengan hujan lebat serta tiupan angin.

Melihat kepada situasi itu penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan daripada pihak kerajaan.

Sikap sentiasa peka kepada arahan ini akan membantu memudahkan tugas anggota penyelamat semasa berlakunya banjir.

Artikel Berkaitan: