X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Klopp tidak ikut anak buah ke Stamford Bridge

Klopp
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp terlepas kunjungan ke Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea pada Ahad selepas disyaki positif Covid-19, kata kelab Merseyside itu pada Sabtu.

Penolong pengurus, Pepijn Lijnders akan mengambil alih tugas perlawanan berintensiti tinggi di London itu tanpa kehadiran Klopp, yang menjalani kuarantin selepas mengalami simptom ringan.

"Ujian terhadap keseluruhan skuad utama mendapati tiada ada lagi pemain Liverpool positif selepas tiga pemain tidak dinamakan sebelum ini disahkan Klopp positif Covid-19 pada Jumaat," kata Liverpool dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Klopp sebelum ini berkata, tiga pemain dan beberapa kakitangan positif Covid-19, namun menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk meminta penangguhan perlawanan.

Liverpool terpaksa melupakan khidmat Virgil van Dijk, Thiago Alcantara, Fabinho dan Curtis Jones selepas para pemain tersebut diasingkan kerana disyaki positif Covid-19 sebelum ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!