Empat terbunuh tanah runtuh di India

Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan perlombongan di negeri Haryana di utara India pada Sabtu.
Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan perlombongan di negeri Haryana di utara India pada Sabtu.
A
A
A

NEW DELHI - Empat orang terbunuh dan ramai mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan perlombongan di negeri Haryana di utara India pada Sabtu.

Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

"Setakat ini empat orang telah meninggal dunia," kata Menteri Dalam Negeri Anil Vij dalam ciapan Twitter.

Beberapa trak sampah dan peralatan lain tertimbus selepas berlaku tanah runtuh di daerah Bhiwani.

"Amat berdukacita dengan kemalangan tanah runtuh di zon perlombongan Dadam di Bhiwani. Saya sentiasa berhubung dengan pentadbiran tempatan untuk memastikan operasi menyelamat yang pantas dan bantuan segera kepada mangsa yang cedera," ciap Ketua Menteri Haryana Manohar Lal Khattar. - Bernama

Artikel Berkaitan: