Amaran hujan berterusan tahap buruk di dua negeri

Amaran hujan berterusan tahap buruk yang dikeluarkan MetMalaysia di Facebook pada malam Jumaat.
Amaran hujan berterusan tahap buruk yang dikeluarkan MetMalaysia di Facebook pada malam Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di dua negeri membabitkan Pahang dan Johor.

Status amaran cuaca itu dikeluarkan MetMalaysia pada jam 8.50 malam pada Jumaat dan ia berkuat kuasa sehingga Sabtu.

Di Pahang, hujan berterusan kategori buruk dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin manakala di Johor daerah terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Hujan berterusan tahap waspada juga diramal berlaku di Johor melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, Pahang (Bentong dan Temerloh, Kelantan dan Terengganu yang juga dijangka berakhir esok

Di Sabah, hujan berterusan dijangka berlaku di pantai baratnya (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad (2 Januari 2022).

Amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

Sementara itu, amaran hujan berterusan kategori waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Artikel Berkaitan: