PDRM sedia logistik, sumber manusia untuk NGO bantu mangsa banjir

Hazani Ghazali - Foto Bernama
Hazani Ghazali - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Ops Bantu untuk menyelaras dan menyokong penyampaian bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai pengangkutan dan memerlukan bantuan sumber manusia.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mengaktifkan pusat panggilan Ops Bantu di Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman yang boleh dihubungi NGO yang memerlukan.

Menurutnya, mana-mana pihak yang berminat untuk menyalurkan bantuan tetapi memerlukan bantuan logistik atau sumber manusia boleh menghubungi hotline Ops Bantu di talian 03-2266 3498.

"NGO yang memerlukan bantuan perlu memberi maklumat seperti nama individu dan organisasi yang memohon, nombor telefon pemohon, lokasi dan sasaran bantuan, dan jenis penugasan yang hendak dilaksanakan.

"Mereka juga perlu memberi maklumat jenis logistik dan jumlah yang diperlukan, jenis barangan yang hendak diedar, jumlah anggota yang diperlukan untuk penugasan dan peralatan diperlukan dan yang akan dibekalkan oleh pemohon," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, selepas menerima maklumat berkenaan, PDRM akan membuat pertimbangan dan mengatur tindakan susulan untuk memastikan setiap bantuan dapat disalurkan kepada mangsa banjir.

Artikel Berkaitan: