X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Polis Kelantan adakan rondaan sambutan Tahun Baharu

Shafien (kanan) memberi nasihat kepada semua penghuni PPS berkenaan untuk sentiasa menjaga SOP dan kebersihan sepanjang masa.
A
A

JELI - Polis Kelantan mengadakan rondaan berterusan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai bagi mengawal dan membendung penganjuran aktiviti yang tidak dibenarkan sempena sambutan Tahun Baharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pemantauan berkenaan akan melibatkan ketua-ketua polis daerah di seluruh negeri bagi memantau pergerakan masyarakat dengan penganjuran aktiviti yang tidak sepatutnya.

"Kita masih lagi dalam pemantauan prosedur operasi standard (SOP) maka tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP boleh dijalankan.

"Saya sendiri akan turun meronda dan antara kawasan-kawasan panas yang kita jangka menjadi tumpuan orang ramai adalah seperti di Tambatan D'Raja Kota Bharu dan Kubang Kerian.

"Selain itu kita juga mengarahkan anggota di bahagian trafik untuk bekerjasama dengan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memantau aktiviti berkumpulan seperti basikal lajak dan permainan skuter elektrik," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau sebelum itu hadir ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas di sini bagi meninjau keadaan semasa mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat berkenaan. Turut hadir, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes kecurian melibatkan daerah-daerah yang dilanda banjir di negeri ini, Shafien berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kes jenayah dan sebagainya.

Beliau berpandangan, kemungkinan besar rakyat kini sudah memiliki intergriti yang tinggi dan memahami keadaan semasa mangsa banjir yang sedang melanda di seluruh negara ketika ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!