Empat mayat ditemui terapung di laut

Mayat tiga wanita dan seorang lelaki ditemukan nelayan tempatan di perairan berhampiran Pulau Sembilan. Foto: ihsan Maritim Malaysia.
Mayat tiga wanita dan seorang lelaki ditemukan nelayan tempatan di perairan berhampiran Pulau Sembilan. Foto: ihsan Maritim Malaysia.
A
A
A

BAGAN DATUK - Nelayan tempatan menemui empat mayat terapung di kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh berhampiran Pulau Sembilan di sini pada Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, Pusat Operasi Maritim negeri telah menerima maklumat awal berhubung penemuan mayat berkenaan sekitar jam 9.05 pagi.

Menurutnya, mayat tiga wanita dan seorang lelaki itu ditemui tanpa identiti.

"Sehingga kini Maritim Malaysia tidak menerima sebarang aduan berkenaan orang jatuh laut mahupun permohonan bantuan perubatan di laut berdasarkan penemuan mayat terbabit.

"Kita tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa kejadian ini terdapat unsur-unsur jenayah di laut dan siasatan lanjut akan dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shahrizan berkata, keempat–empat mayat tersebut didaratkan di jeti Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kampung Acheh di Manjung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: