Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM20,820

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gerak geri mencurigakan seorang individu terjawab apabila pemeriksaan yang dijalankan polis terhadap kereta yang dipandunya menemukan tiga ketulan ganja mampat serta 1,000 pil erimin 5 bernilai RM20,820 di Jalan Ampang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pemeriksaan itu dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Wangsa Maju kira-kira jam 8.20 malam.

"Seorang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 27 tahun ditahan di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta berhampiran restoran makanan segera di Bangunan M-City Jalan Ampang di sini.

"Pemeriksaan menemukan satu beg plastik hitam berisi tiga ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 2,928 gram serta 100 helai aluminium foil mengandungi 1,000 pil yang disyaki dadah jenis erimin 5," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek telah direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: