'MIC sokong kerjasama Pas-UMNO, Pas terbukti jaga bukan Islam

Datuk M. Saravanan
Datuk M. Saravanan
A
A
A

KUALA LUMPUR- MIC menyokong penuh jalinan kerjasama politik antara UMNO-Pas.

Timbalan Presiden MIC Datuk M. Saravanan (BN-Tapah) berkata, kerjasama itu dilihat lebih banyak membawa kebaikkan ke arah penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, meskipun BN pernah bermusuh dengan Pas satu ketika dahulu, namun Pas dilihat mampu mentadbir negeri dengan baik selain menjaga hak Bukan Melayu.

"Kami menerima 'perkahwinan' di antara UMNO-Pas ia demi penyatuan ummah,

MIC memang tiada halangan, kami menyokong penuh.

"Masyarakat Bukan Islam lebih terjamin di Kelantan dan Terengganu yang diperintah Pas, selama ini tiada rumah ibadat Bukan Islam dirobohkan di Kelantan dan Terengganu," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'UMNO-Pas dah bersanding' - Tok Mat

Sementara itu, beliau turut menolak hujah RSN Rayer (DAP-Jelutong) yang menyatakan bahawa Pas pernah mendakwa bahawa pemimpin Bukan Islam tidak boleh diangkat menjadi menteri oleh parti itu.

Artikel Berkaitan:

"Fitnah itu kekal sebagai fitnah," tegasnya.

Pada 5 Mac 2019 lalu termeterai satu kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas ke arah penyatuan ummah dengan mengambil kira masyarakat majmuk di negara ini tanpa meminggirkan agama dan bangsa lain.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO dan Pas bersetuju menubuhkan jawatankuasa teknikal khusus bagi membincangkan butiran kerjasama yang akan dilakukan bersama.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan olah Naib Presiden kedua-dua parti, iaitu UMNO melantik Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin manakala Pas pula melantik Datuk Idris Ahmad.

Katanya, jawatankuasa khas teknikal bersama itu akan dianggotai lima ahli bagi setiap parti termasuk juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berpengaruh.