X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Ketua Polis Negara sahkan Long Tiger ditangkap di Kedah

Acryl Sani
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger', yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu berjaya diberkas di Sungai Petani Kedah pada Selasa.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33, ditahan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lelaki terbabit.

"Ya benar, tangkapan dibuat di Kedah dan butiran serta maklumat lanjut mengenai tangkapan itu akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Long Tiger lolos: Dua anggota polis digantung tugas

Polis giat buru 'Long Tiger'

Peguam Long Tiger tarik diri

Difahamkan, polis sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai membantu Long Tiger menyembunyikan diri selepas dia melarikan diri dari Johor.

Sebelum itu, tular di akuan seorang pemilik laman sosial Facebook yang berkongsi gambar penangkapan Long Tiger di sebuah rumah di Sungai Petani.

Pada 15 Disember lalu, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah kira-kira jam 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Suspek sebelum itu tiba dari Penjara Sungai Udang, Melaka untuk perbicaraan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana kes pemerasan.

Ketika melarikan diri, suspek berkepala botak memakai baju-t pagoda, berseluar coklat serta mempunyai ketinggian sekitar 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram.

Suspek juga masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 224 kanun sama kerana lari dari tahanan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!