306 sampel kes positif mungkin varian Omicron - Khairy

Khairy - Foto Bernama
Khairy - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sejumlah 306 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara yang memasuki negara ini berkemungkinan adalah varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melibatkan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember 2021.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 306 telah menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS)," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau pada masa sama memaklumkan bahawa kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Jelasnya, kesemua lapan negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah.

Senarai Negara Berisiko Tinggi varian Omicron:

1. United Kingdom

2. Amerika Syarikat

Artikel Berkaitan:

3. Australia

4. Arab Saudi

5. Norway

6. Perancis

7. Denmark

8. India

9. Kanada

10. Nigeria

11. Afrika Selatan

12. Botswana

13. Eswatini

14. Lesotho

15. Mozambique

16. Namibia

17. Zimbabwe

18. Malawi

- Awani