Kerugian akibat banjir di Pahang dianggarkan RM500 juta

Abd Rahim (tiga dari kanan) pada Selasa meninjau tebing yang terhakis punca perumahan Taman Makmur Mahkota, Kuantan dinaiki air.
Abd Rahim (tiga dari kanan) pada Selasa meninjau tebing yang terhakis punca perumahan Taman Makmur Mahkota, Kuantan dinaiki air.
A
A
A

KUANTAN - Nilai keseluruhan kerugian akibat banjir buruk yang melanda beberapa daerah di negeri ini pada minggu lalu dianggarkan mencecah RM500 juta.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, anggaran nilai kerugian itu meliputi harta benda dan infrastruktur awam negeri.

Beliau bagaimanapun berkata, analisis kerosakan lengkap termasuk harta awam masih belum diperoleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kita menganggarkan kerosakan harta benda awam di Pahang hampir RM500 juta yang perlu dibaiki selepas ini.

Abd Rahim
Abd Rahim



"Bagi kerja-kerja membaiki kemudahan awam ini, kita akan memberi keutamaan kepada laluan dan kawasan berisiko terjejas dengan banjir seperti kawasan rendah," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pembersihan kawasan perumahan Taman Makmur Mahkota Jaya di sini pada Selasa.

Kawasan perumahan itu berdepan dengan banjir ketinggian 1.5 meter mengakibatkan lebih 100 rumah mengalami kerosakan.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin.

Sementara itu, Abd Rahim berkata, seramai 7,491 rumah di daerah ini berdepan kemusnahan 100 peratus harta benda susulan air naik mencecah paras bumbung.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, keseluruhan mangsa juga dianggarkan mengalami kerugian lebih RM100 juta apabila kelengkapan rumah, peralatan elektrik dan kos penyelenggaraan kenderaan yang dinaiki air.

"Jadi, kita menganggarkan setiap ketua isi rumah (KIR) di Kuantan mengalami kerugian antara RM10,000 dan RM12,000," ujarnya.